Friday, April 30, 2010
Monday, April 19, 2010
MuazDemam!
Kata-KataKurangBermakna
Untuk Diriku ...
Kita (ana sbnrny...!) seringkali menulis perkara yang tidak sepatutnya. menulis perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada sesiapa, perkara yang tidak membuahkan amal.
Sedih kadang-kadang, melihat diri sendiri, sahabat-sahabat handai, kawan-kawan menghabiskan masa di laman-laman sosial, bertukar-tukar pesanan ringkas yang tidak releven (simptom noni...? padey loading...?).
Banyak lagi rupanya perkara yang lebih penting untuk dilakukan. Contohnya sekarang ini, pergh, boleh lagi ana menge-post something? Sedangkan final exam belum lagi berakhir, sedangkan banyak lagi bahan bacaan yang perlu dibaca, banyak lagi ilmu yang diperlukan ummah, dikala rakan-rakan mengingatkan kita tentang masjid yang mulia.
Jzkk kepada mereka-mereka yang sering mengingatkan ana dalam segala perkara yang ana lakukan. Sedarlah, walaupun kadang-kadang susah kelihatannya untuk ana menerima, namun antum sendiri mengetahui hakikat bahawa perlunya ana terhadap teguran dan ingatan tersebut. (faham ke? berbelit-belit, ana sendiri pening dengan apa yang ditulis).
Cukup dulu kot, ptg nih insyaAllah kitorg last paper untuk final exam - english. Doa-doakn eh, jzkk.
Allahu Akbar !!!
[amirS] Serius, Muaz mmg demam.
Semalam badan panas, dah telan panadol 2 biji. Ana expect pagi nih dh ok. Rupa-rupanya pagi tadi dlm pukul 5.00am panas lagi - lagi panas! Apa lagi, nah amik, minum soluble pulak lagi 2 biji. Sekarang dah dedor2 sket, tp still nk bwk pg klinik jgak pagi nih. Ptg nih last paper, rugi ah kalu x pegi. Ana mengharapkan doa antum semua ...
maafkan je la akhi
...assalamualaikum...
Monday, April 5, 2010
Wednesday, March 31, 2010
Thursday, March 18, 2010
SedangCubaUntukIkhlas
Kehadapan Saudaraku
Benar,
“Janganlah kamu marah,”
Marah Rasulullah saw tidak pernah disandarkan atas urusan duniawi mahupun manusiawi, yang pastinya berlandaskan nafsu.
Benar,
“Janganlah kamu marah,”
Marah Rasulullah saw tidak pernah disandarkan atas urusan duniawi mahupun manusiawi, yang pastinya berlandaskan nafsu.
SiapakahGeranganPhotographernya?
Dan ya,
Benar,
Marahnya Rasulullah saw tidak pernah ditahan apabila urusan-urusan agama dipermain.
Begitu juga keadaannya tatkala tercemarnya maruah diri, terhinanya induk-induk manusia iaitu ibu bapa tercinta, mahupun di saat saudara sesama ikhwah akhawat dicabuli haknya.
TerimaKasihUntukKenanganIni
Tetapi,
Saudaraku,
Kadangkala sukar untuk diri ini, menahan maraknya api kipasan syaitan.
Sukar untuk diri ini terus menahan diri, terus bersabar dengan isu-isu manusiawi.
Juga sukar untuk diri ini mempraktikkan dan mengaplikasi, pesanan Junjungan Besar saw kepada Anas bin Malik.
“Wahai anakku, jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku, itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku. Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku, jika kamu pulang bertemu keluargamu, berikanlah salam kepada mereka. Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu dan juga keluargamu.”
KiniMenuntutDiOkinawa(Sejuk!)
Jangan,
Saudaraku,
Jangan mengerti bahawa tulisanku ini adalah untuk membela diriku.
Jangan mengerti bahawa aku sedang memberi sebab dan alasan untuk membenarkan tindakkanku.
Jangan tersilap dalam menilai bahawa aku sedang membolehkan untuk kita tidak terus bersabar dalam menahan gelora hati yang sedang dibakar dan terus dibakar pada kala masa-masanya.
Ketahuilah saudaraku,
Ada kalanya, aku marah kepadamu.
Maafkanlah aku, saudaraku.
maafkan je la akhi
...assalamualaikum...
Friday, February 26, 2010
Cuba - Faizal Tahir
MengukurKetinggianIlmu
Sabar
Benar
Sabar sesuatu yang sukar
Aku bersabar dari membuat kelakar
Aku cuba bersabar dari menyebut perkataan yang tak sepatutnya keluar
Bertekad untuk melaksanakan segala ikrar
Hatiku berusaha agar tidak mengguris perasaan mereka yang berada di luar
Aku tidak mahu lagi melukakan perasaan guruku yang sedang mengajar
Aku berusaha menahan diri dari mendengar rentak-rentak di mana jahiliyah menjadi dasar
Juga dari perasaan marah yang membakar
Aku cuba untuk mengikuti sunnah junjungan besar
Tidak lupa akan amalan ulama-ulama mu'tabar
Aku bersabar dalam mentaati Tuhanku yang Maha Besar
Aku sedar
Aku harus sabar...
maafkan je la akhi
...assalamualaikum...
Sunday, February 14, 2010
Thursday, February 4, 2010
...Tamat...
.: +TaMaT+ :.
Blog cuma alat, bukannya matlamat.
Blog kalau jadi matlamat, pergh parah melarat...
maafkan je la akhi
...assalamualaikum...
SekolahKuBaru
UntukKenderaanSekolahSahaja
DahAdaJaring
SudutPandanganDariLongkangTepiBilikKaunseling - AdaTambahBilikBaru
DariGelongsorKepadaMejaBatuKepadaPondokKayu
Pergi sekolah harituh
Macam-macam perkara baru
Physically baru
Spiritually baru
Alhamdulillah, kenderaan sekolah dah banyak
Alhamdulillah, kantin sekolah dah cat baru
Alhamdulillah, pelajar-pelajar baru pun banyak
Alhamdulillah, banyak juga tenaga pengajar baru
Alhamdulillah, lapisan-lapisan pun banyak
Alhamdulillah...
Bila lagi la nak balik sekolah
Hmm...
Ok lah, sekolah
Balik dulu...!
;)
maafkan je la akhi
...assalamualaikum...
Subscribe to:
Posts (Atom)

















