Saturday, January 30, 2010

SiKecilMengingatkan - AbdullahMunir

 

"Bamer, kenapa kalau orang besar kan, dia suka cakap 'gila'?" ujar Sufi.

Terdiam sebentar.

Situasi ini mengambil tempat di pasaraya Jusco Taman Universiti ketika penulis membawa adik-adiknya keluar berjalan-jalan semasa cuti pertengahan semester baru-baru ini.

"Err, dia orang nak express something tu sebagai 'sangat-sangat', kot;" jawabku serba salah, tidak menyangka bahawa diriku bakal memperoleh soalan sedemikian dari adik yang alhamdulillah pada tahun ini usianya sudahpun memcecah darjah 3.

"Tapi kenapa tak cakap 'sangat' je? Kawan-kawan pun cakap 'gila', Sufi dah nak terikut dah," jawabnya, jelas kelihatan dirinya tidak memerlukan masa yang panjang bagi memikirkan kenyataan sebentar tadi.

"Erm... Err... Sufi jangan terikutlah ya, tak baik," tak sanggup lagi penulis meneruskan kata-katanya, memikirkan sifat tersebut juga menjadi antara rutin hariannya bersama kawan-kawan. (kebiasaan yang belum diubah lah maksudnya)

 Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Wallahu a'lam, ana rasa antum semua faham...

maafkan je la akhi
...assalamualaikum...

[amirS] hrp dpt ingatkan ana bila diri ini terlupa...
[amirS] best duduk rumah nih, blh post byk bende...

DuniaIbaratAirPanas, JadilahTeh - FirdausPauzi



Kenapa kepergantunganku kepadamu tinggi ketika aku berseorangan, ya Allah?

Kenapa kepergantunganku kepadamu tinggi ketika aku dalam kesusahan, ya Allah?

Kenapa dalam waktu senang, aku sering lalai melupakanmu, ya Allah?

Kenapa aku kurang meminta pertolonganmu di kala aku gembira dan bahagia, ya Allah?

Kenapa aku hanya merayu, mendambakan bantuan darimu tatkala keadaan pada waktu itu mendesakku, ya Allah?

Ampunkan aku, ya Allah...

dipetik dari
Pokok Pangkal Fikiran,
Kolej Kediaman Sutera Indah,
C51

IniSiapaYangTulisNih...?

"Astargfirullah, tertinggal cermin mata,"

 

itulah kata-kata pertama yang terungkap dari mulut ini apabila kereta juga MPV yang dinaiki hampir sahaja tiba di Stadium Larkin.

Ya, ana sedang dalam perjalanan untuk menyaksikan Sukan Tahunan SMIH 2010. Alhamdulillah, selamat sampai juga akhirnya. Tetapi, sepanjang perjalanan aktiviti sukan, kurang kelihatan kelibat sebahagian individu-individu qowi. Dengar cerita, ade program baek di Cheras pada tarikh yang sama, hari ini. Harapnya berjalan lancarlah.

Semalam ana ke SMIH untuk menjemput adik di sekolah, niat di hati nak menjenguk sekolah tercinta. Tetapi niat suci murni itu cuba ana bataskan untuk seketika memandangkan aset panjang diri ini masih belum dipendek-kemaskan, bimbang jadi fitnah besar. Hendak dijadikan Allah punya perancangan, ana bertemu teman lama.

 

Muhammad Hazim bin Sis

Jadi, kami dah berpakat untuk berjumpa lagi, pada hari ini. Alhamdulillah, terlaksana akhirnya.

Satu suasana yang mencuit hati ana, para penyokong telah diminta agar bertenang oleh pihak urusetia semasa wisel hendak ditiup. Kenapa ya? Haha, peserta larian tidak dapat mendengar isyarat larian kerana sorakan penyokong masing-masing terlalu kuat.

 

Mana tak bingit, rumah Kuning bawa benda alah ini. Habis dengan singa-singa persembahan dia sapu sekali.

Banyak lagi cerita yang ingin dikongsi sebenarnya, tetapi banyak lagi perkara yang ingin dikejar masa. Nanti-nantilah bila kita jumpa in person, kita sharing secara informal ya kawan-kawan. Di bawah ini ana ada letakkan beberapa gambar yang berjaya dirakam sepanjang acara sukan, harapnya dapatlah sedikit sebanyak mengubat rindu fi qalb.

sekian sahaja.


maafkan je la akhi
...assalamualaikum...

Ustaz Omar

Park Ji Sung menjalankan tanggung jawab, dah besar dah sekarang, dah form 5

Maaflah, priority kepada rumah Merah

 Sudut pandangan dari tempat duduk pesarta

 Ramai adik-adik baru

Acara larian berlangsung

 Bukan nyanyian lagu Negaraku

Hamasah x2

 Pandangan dari tempat duduk Alumni

Angle cantik punya view

Acara penyampaian hadiah akhir

 Tamatlah sudah...

[amirS] sebelum terlupa, rumah Biru menjuarai sukan tahunan kali ini setelah sekian lama bersabar, Tahniah!
[amirS] rumah Merah 2nd, Hijau 3rd, Kuning 4th
[amirS] macam mana ana boleh tertinggal cermin mata, pelik, benda depan mata tu pun boleh terlupa
[amirS] manusia diciptakan tidak sempurna
[amirS] analisis ana 2 tahun lepas menampakkan hasil - Biru memang betul-betul jadi Juara

SetakatIni...



Dia

Dia bukan milik manusia untuk aku akui sebagai milikku

Dia pastinya bukan kepunyaan sesiapa untuk mereka mengaku empunya

Jasadnya dan hatinya bukan kita yang tentukan ianya kepunyaan mana-mana insan

Dia bukan milik manusia

Dia bukan milik sesiapa

Kecuali yang maha berhak memiliki segalanya

Allah, azza wajalla

dipetik dari
Pokok Pangkal Fikiran,
Kolej Kediaman Sutera Indah,
C51

PengalamanMengajarku...

 


Bila sesuatu perkara itu dibuat dengan tidak ikhlas,
Mengejar nama dan iktirafan sumbangan,
Ternyata kekecewaan akan terlebih dahulu datang mengunjung,
Seterusnya kebencian akan menerajui takhta hati,
Menafikan hakikat bahawa sebenarnya kesalahan itu datang dari empunya diri...

dipetik dari
Pokok Pangkal Fikiran,
Kolej Kediaman Sutera Indah,
C51

Sunday, January 3, 2010

TolongTolongTolong

Assalamualaikum,




Convoy Viva Palestina ke Gaza kini berhadapan dengan masalah pengangkutan kerana halangan dari Mesir. Convoy yang sepatutnya berlepas dari Aqaba, Jordan dan memasuki pelabuhan Mesir (Semenanjung Sinai) melalui pelabuhan Nuweiba, kini terpaksa berpatah balik melalui Syria. Mesir hanya membenarkan convoy memasuki Mesir dari pelabuhan al-Arish. Oleh kerana pelabuhan ini kecil, convoy terpaksa menggunakan 3 buah ferry di samping terpaksa menggunakan perkhidmatan udara untuk mengangkut sebahagian dari barangan bantuan.



Rakyat Malaysia turut menyumbang kepada convoy ini dengan menyerahkan 9 buah ambulan bersama muatan ubat-ubatan (4 ambulan dari VPM, 2 dari nya dari PACE/JIM dan 5 dari inisiatif Tun Mahathir). Perubahan perjalanan telah menambah beban kos kewangan (kira-kira USD500,000 lagi diperlukan) kepada convoy.



Atas nama persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat maka PACE menyeru agar ahli-ahli JIM dapat menggerakkan kempen menampung kos tambahan convoy Viva Palestina 3 atas nama persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat. Penduduk Gaza sedang menderita kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan ekonomi dan kepungan yang sudah menjangkau 3 tahun. Bantuan yang diusahakan oleh Viva Palestina yang terdiri dari 240 ambulan dan pelbagai kenderaan yang penuh dengan ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain sangat penting untuk dijayakan. Jika convoy ini gagal untuk menyampaikan bantuan ini, maka krisis yang dihadapi oleh penduduk Gaza akan semakin mendalam dan mencapai tahap kritikal.



PACE menyarankan agar kempen ini dipacu di peringkat daerah dan negeri. Mohon supaya kempen penerangan berupa sesi ceramah disusun di surau-surau, mesjid, sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat. Mohon koordionasi dilakukan melalui PPE (Peg Perhubungan Negeri perhubungan antarabangsa JIM). PACE akan menyediakan bahan-bahan sokongan yang boleh membantu seperti bahan penyampaian (PP) dan bahan-bahan kempen yang lain.



Mohon seruan ini disambut oleh semua. Sila hubungi Sdr Nasir Tampol (Peg Eksekutif) di no. 03-41089669/ 0143110628



Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE




"Kemenangan Adalah Kepastian, Maka Berdoalah Agar Tergolong Pahlawan Kemenangan"

CampuranJeritan


ShoutMix chat widget

Quran/Kata

SiapaTakTutupPaipAirNihWei...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MyPosts

Quran/Kata

Quran/Kata