Monday, December 13, 2010

cubacuba.



Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Tatkala celah-celah tempoh sesi pembacaan secara paksaan, saya seringkali menyematkan niat ‘membaca untuk menyampaikan’. Moga dengan niat ini ilmu-ilmu dan pemahaman yang diperolehi kekal dalam ingatan.

Ternyata, selepas beberapa ketika,
“eh, silap niat aku ini rasanya,”

Ya, saya tersilap. Untuk menjadi seperti Generasi Al-Quran yang unik hasil didikan Rasulullah (s.a.w.), asasnya ialah ‘belajar untuk melaksanakan’.
‘Menerima untuk diamalkan’.

Betul juga. Menyampaikan sedangkan diri sendiri tidak mengamalkan, logikkah?

Saya ketawa sendirian.


Maafkan sahajalah akhi…


Ini Cerita Lain

Sedang membelek-belek Tarbiatuna Edisi Bumper yang lepas-lepas.
Penuh nostalgia, sarat dengan kenangan zaman lakonan persekolahan.
Mengimbau sejarah silam yang penuh dengan ke-kurang profesional-an.

"aku masih kurang profesional lagi kini, masih lagi"

Tercapai tangan ini suatu belekan pada muka surat seterusnya.
Kata-kata sabda yang best a.k.a. hadith tertera pada bahagian bawah muka surat tersebut.
Hampir sekali mengenai hujung kertas akibat kadar keprihatinan yang kurang semasa mem-fotostasi mungkin.

"...
akan datang suatu zaman atas umatku,

mereka tidak mengenal ulama'
kecuali dengan pakaian yang bagus.

dan mereka tidak mengenal al-Quran
kecuali dengan suara yang merdu.

serta tidak menyembah Allah
kecuali hanya di bulan puasa.

jika itu telah terjadi
maka Allah akan menguasakan atas mereka
pemimpin yang bodoh
yang tidak mengenal belas kasih
serta tidak memiliki rasa rahmat
..."


CampuranJeritan


ShoutMix chat widget

Quran/Kata

SiapaTakTutupPaipAirNihWei...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MyPosts

Quran/Kata

Quran/Kata