Ya, ana sedang dalam perjalanan untuk menyaksikan Sukan Tahunan SMIH 2010. Alhamdulillah, selamat sampai juga akhirnya. Tetapi, sepanjang perjalanan aktiviti sukan, kurang kelihatan kelibat sebahagian individu-individu qowi. Dengar cerita, ade program baek di Cheras pada tarikh yang sama, hari ini. Harapnya berjalan lancarlah.
Semalam ana ke SMIH untuk menjemput adik di sekolah, niat di hati nak menjenguk sekolah tercinta. Tetapi niat suci murni itu cuba ana bataskan untuk seketika memandangkan aset panjang diri ini masih belum dipendek-kemaskan, bimbang jadi fitnah besar. Hendak dijadikan Allah punya perancangan, ana bertemu teman lama.
Jadi, kami dah berpakat untuk berjumpa lagi, pada hari ini. Alhamdulillah, terlaksana akhirnya.
Satu suasana yang mencuit hati ana, para penyokong telah diminta agar bertenang oleh pihak urusetia semasa wisel hendak ditiup. Kenapa ya? Haha, peserta larian tidak dapat mendengar isyarat larian kerana sorakan penyokong masing-masing terlalu kuat.
Banyak lagi cerita yang ingin dikongsi sebenarnya, tetapi banyak lagi perkara yang ingin dikejar masa. Nanti-nantilah bila kita jumpa in person, kita sharing secara informal ya kawan-kawan. Di bawah ini ana ada letakkan beberapa gambar yang berjaya dirakam sepanjang acara sukan, harapnya dapatlah sedikit sebanyak mengubat rindu fi qalb.
sekian sahaja.
maafkan je la akhi
...assalamualaikum...
Ustaz Omar
Park Ji Sung menjalankan tanggung jawab, dah besar dah sekarang, dah form 5
Maaflah, priority kepada rumah Merah
Sudut pandangan dari tempat duduk pesarta
Ramai adik-adik baru
Acara larian berlangsung
Bukan nyanyian lagu Negaraku
Hamasah x2
Pandangan dari tempat duduk Alumni
Angle cantik punya view
Acara penyampaian hadiah akhir
Tamatlah sudah...
[amirS] sebelum terlupa, rumah Biru menjuarai sukan tahunan kali ini setelah sekian lama bersabar, Tahniah!
[amirS] rumah Merah 2nd, Hijau 3rd, Kuning 4th
[amirS] macam mana ana boleh tertinggal cermin mata, pelik, benda depan mata tu pun boleh terlupa
[amirS] manusia diciptakan tidak sempurna
[amirS] analisis ana 2 tahun lepas menampakkan hasil - Biru memang betul-betul jadi Juara
No comments:
Post a Comment