Sunday, May 1, 2011
Sunday, April 17, 2011
kerut.bajet.penuh.anologi.
Sudah beberapa hari aku hidup tanpa cermin mata bekedudukan di antara mata dan batang hidung, yang selalunya bergantung pada sangkutan di cuping-cuping telinga di kedua-dua belah kiri dan kanan.
Selama beberapa hari itulah juga wajah-wajah insan bergelar ikhwah mahupun kawan-kawan sekelas kelihatan kabur dan kurang jelas di pandangan mata.
Berapa banyak nombor, sudah ku salah ertikan. Berapa banyak jarak, sudah ku salah tafsirkan. Berapa banyak orang, sudah ku tersalahkan. Berapa banyak kawan, sudah ku tersepak terajangkan.
Berapa banyak longkang, sudah ku jatuhi. Berapa banyak kali aku mungkiri, “seorang mukmin tidak akan jatuh ke lubang yang sama dua kali”.
Sakit. Sakit mata. Sakit kepala. Sakit kaki (jatuh longkang).
Kerutan-kerutan paksaan semakin lazim dibuat, menambah lagi keganasan wajah kini yang semakin ganas sejak berambut pendek bertapak dua beberapa minggu yang lalu, aasifu jiddan sekiranya kerutan-kerutan tersebut ada mengguris hati atau menimbulkan dzhon-dzhon yang su’u di dalam jiwa mereka yang membaca.
~*~
$tBur “ÈqtGó¡o„ 4‘yJôãF{$# çŽÅÁt7ø9$#ur ÇÊÒÈ
19. dan tidaklah sama orang buta Dengan orang Yang Melihat.
óOn=sùr& (#rçŽÅ¡o„ ’Îû ÇÚö‘F{$# tbqä3tGsù öNçlm; Ò>qè=è% tbqè=É)÷ètƒ !$pkÍ5 ÷rr& ×b#sŒ#uä tbqãèyJó¡o„ $pkÍ5 ( $pk¨XÎ*sù Ÿw ‘yJ÷ès? ã»|Áö/F{$# `Å3»s9ur ‘yJ÷ès? Ü>qè=à)ø9$# ÓÉL©9$# ’Îû Í‘r߉Á9$# ÇÍÏÈ
46. oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada.
`tBur šc%x. ’Îû ÿ¾ÍnÉ‹»yd 4‘yJôãr& uqßgsù ’Îû ÍotÅzFy$# 4‘yJôãr& ‘@|Êr&ur Wx‹Î6y™ ÇÐËÈ
72. dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalanNya.
~*~
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Tuesday, March 22, 2011
Tuesday, February 15, 2011
from.us.with.love.
Sehari Bersama Rasulullah.
Malu rasanya untuk ku menyampaikan kecintaan,
Kepada mu insan mulia lagi agung yang tiada tandingan,
Sedangkan diriku insan biasa yang lemah,
Melangkah dalam fatamorgana dan duri yang sangat goyah.
Andai dapat sehari bersama Rasulullah,
Akan ku melangkah bersama mu tanpa sedikit goyah,
Membawa risalah menyebarkan kalimah,
Penuh kecintaan di dalam mardhatillah.
-wakle-
Sehari Bersama Rasulullah.
Ya Rasulullah,
Andai dapat ku sehari denganmu,
Akan ku pinta doamu untukku,
Akan ku pinta doamu untuk generasiku,
Sebagaimana engkau mendoakan,
Insan hebat bernama Muhammad bin Idris.
Ya Rasulullah,
Andai dapat ku sehari denganmu,
Akan ku pinta curahan pekatan,
Sepekat generasi sahabat era Makkah,
Agar dapat ku tampung sebuah lagi era Abbasiyah.
Ya Rasulullah,
Andai dapat ku sehari denganmu,
Akan ku hafaz perjalanan hari itu,
Sepertimana kuatnya ingatan Anas bin Malik,
Akan hari-hari bersamamu Rasulullah.
Ya Rasulullah,
Andai dapat ku sehari denganmu,
Akan ku usahakan,
Agar terhubungnya aku dengan sanadmu,
Dalam tilawatul Quranul Kareem,
Wa Kalamullah al-Furqanul Azeem.
-amirS-
Thursday, February 10, 2011
tiada.idea.untuk.tajuk
Telah masuk waktu solat fardhu Zohor bagi kawasan TDS dan taman-taman yang sama waktu dengannya.
Kelihatan seorang ayah bergegas bersama-sama anak lelakinya ke surau yang berdekatan.
Apabila iqomah dilaungkan,
Si ayah solat di saf yang pertama.
Si anak sekadar di saf kedua.
Apabila masuk waktu solat fardhu Asar, si anak bersegera untuk solat di saf yang pertama.
Si anak berhasil solat di saf pertama.
Si ayah juga di saf pertama, tetapi betul-betul di belakang imam.
siapa yang tertarbiyah, siapa yang belum tarbiyah?
Seorang lelaki berusia 20-an gemar menghabiskan waktu cutinya bersama adik-adik.
Apabila dia sudah kepenatan bermain bersama adik-adik kecilnya, dia mencadangkan agar mereka bermain 'permainan senyap'. Sambil berbaring kepenatan, dia berkata;
Syafiq: "Jom kita main permainan senyap,"
Aidil: "Jom! Siapa bercakap dia kalah, siapa batuk pun dia kalah,"
Syuhada: (Secara spontan) "Siapa kentut pun dia kalah,"
Syafiq+Aidil: (Menahan ketawa)
Akhirnya mereka semua tertawa.
Ketika itu Syuhada baru berusia 6 tahun.
Berapa banyak perkara yang pernah kita fikirkan, tetapi sukar diungkapkan, sukar untuk disusun dengan kata-kata.
Pabila membaca karya-karya tulisan orang lain, "Eh, inilah yang aku duduk fikirkan selama ini,"
Sometimes we have same thoughts; some people are just better in rephrasing+representing their thoughts into nice+simple words.
Kelihatan seorang ayah bergegas bersama-sama anak lelakinya ke surau yang berdekatan.
Apabila iqomah dilaungkan,
Si ayah solat di saf yang pertama.
Si anak sekadar di saf kedua.
Apabila masuk waktu solat fardhu Asar, si anak bersegera untuk solat di saf yang pertama.
Si anak berhasil solat di saf pertama.
Si ayah juga di saf pertama, tetapi betul-betul di belakang imam.
siapa yang tertarbiyah, siapa yang belum tarbiyah?
~*~
Seorang lelaki berusia 20-an gemar menghabiskan waktu cutinya bersama adik-adik.
Apabila dia sudah kepenatan bermain bersama adik-adik kecilnya, dia mencadangkan agar mereka bermain 'permainan senyap'. Sambil berbaring kepenatan, dia berkata;
Syafiq: "Jom kita main permainan senyap,"
Aidil: "Jom! Siapa bercakap dia kalah, siapa batuk pun dia kalah,"
Syuhada: (Secara spontan) "Siapa kentut pun dia kalah,"
Syafiq+Aidil: (Menahan ketawa)
Akhirnya mereka semua tertawa.
Ketika itu Syuhada baru berusia 6 tahun.
~*~
Berapa banyak perkara yang pernah kita fikirkan, tetapi sukar diungkapkan, sukar untuk disusun dengan kata-kata.
Pabila membaca karya-karya tulisan orang lain, "Eh, inilah yang aku duduk fikirkan selama ini,"
Sometimes we have same thoughts; some people are just better in rephrasing+representing their thoughts into nice+simple words.
~*~
[amirS] Ini merupakan tulisan yang ana pernah tulis dulu, tak tahu apa motif dan pengajaran yang boleh digarap daripadanya, harap-harap bermanfaatlah.
[amirS] Pernah terniat nak post-kan satu lagi penulisan yang pernah ana karang, bila difikir-fikir balik, agak 'kasar' juga penulisan tersebut. Mungkin Allah nak jaga, dokumen tersebut lupa ana nak backup semasa ana mem-format laptop harituh. Mungkin Allah nak jaga...
[amirS] Ana minta izin antum semua untuk launch post kali ini lebih awal. Ana terima panggilan dari mak ana semalam, atuk ana sakit. Ana akan bertolak ke Terengganu esok. Doakan semuanya selamat. Jzkk.
Thursday, February 3, 2011
Wednesday, January 19, 2011
Tuesday, December 28, 2010
Monday, December 13, 2010
cubacuba.
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Tatkala celah-celah tempoh sesi pembacaan secara paksaan, saya seringkali menyematkan niat ‘membaca untuk menyampaikan’. Moga dengan niat ini ilmu-ilmu dan pemahaman yang diperolehi kekal dalam ingatan.
Ternyata, selepas beberapa ketika,
“eh, silap niat aku ini rasanya,”
Ya, saya tersilap. Untuk menjadi seperti Generasi Al-Quran yang unik hasil didikan Rasulullah (s.a.w.), asasnya ialah ‘belajar untuk melaksanakan’.
‘Menerima untuk diamalkan’.
Betul juga. Menyampaikan sedangkan diri sendiri tidak mengamalkan, logikkah?
Saya ketawa sendirian.
Maafkan sahajalah akhi…
Ini Cerita Lain
Sedang membelek-belek Tarbiatuna Edisi Bumper yang lepas-lepas.
Penuh nostalgia, sarat dengan kenangan zaman lakonan persekolahan.
Mengimbau sejarah silam yang penuh dengan ke-kurang profesional-an.
"aku masih kurang profesional lagi kini, masih lagi"
Tercapai tangan ini suatu belekan pada muka surat seterusnya.
Kata-kata sabda yang best a.k.a. hadith tertera pada bahagian bawah muka surat tersebut.
Hampir sekali mengenai hujung kertas akibat kadar keprihatinan yang kurang semasa mem-fotostasi mungkin.
"...
akan datang suatu zaman atas umatku,
mereka tidak mengenal ulama'
kecuali dengan pakaian yang bagus.
dan mereka tidak mengenal al-Quran
kecuali dengan suara yang merdu.
serta tidak menyembah Allah
kecuali hanya di bulan puasa.
jika itu telah terjadi
maka Allah akan menguasakan atas mereka
pemimpin yang bodoh
yang tidak mengenal belas kasih
serta tidak memiliki rasa rahmat
..."
Sunday, October 31, 2010
penat.kot.sunyi.
1. Sejak sekolah lagi, ana agak benci waktu cuti
2. Seorang demi seorang kenalan-kenalan kita akan hilang dari pandangan mata
3. Yang tinggal hanya kesayuan kosongnya pemandangan bilik-bilik dan bangunan tidak berpenghuni
4. Tiada lagi insan-insan yang berlari-lari anak di tangga-tangga, tiada lagi insan-insan yang mempermainkan ketaatan lif
5. Tiupan angin membina getaran-getaran yang menghasilkan bunyi-bunyian daun-daun pintu dikuak
6. Lamunan demi lamunan pun mula mengorak langkah
7. "padan muka kau amir, siapa suruh balik lambat,"
ramainya.insan.di.us.
8. Kita manusia tidak boleh hidup keseorangan dan bersendirian
9. Lantas perkara ini mencipta keperluan kita untuk tinggal dalam jamaah
10. Kerana kita manusia
11. Manusia yang merupakan makhluk emosi
12. Apabila berdepan dengan makhluk yang mempunyai emosi, segala konsep yang didengari dan dipelajari hendaklah dibumikan
13. Jikalau dahulu hanya ada hitam dan putih, kini kita perlu membancuh warna kelabu
14. Annasu maasi ( bukan hadith annasu maadin)
15. Cuba senaraikan perbuatan-perbuatan dosa dan pahala yang kita lakukan sehari-harian
16. Dan bandingkan amalan di pihak mana yang lebih banyak
17. Identify perbuatan-perbuatan dosa yang mampu dihindari (ya, semua perbuatan dosa perlu dihindari, tetapi apa salahnya jika kita bermula dikit-dikit)
18. Cambahkan lagi amalan-amalan kita yang membuahkan pahala (insyaAllah)
19. “sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian” [103:2]
20. Di bulan ramadhan yang lepas, kita telah berjaya khatam tilawah al-quran sebanyak 2 kali (katakanlah)
21. Tetapi, kenapa kita tidak khatam 3 kali? Jika sudah 3 kali, mengapa tidak 4? Dan begitulah seterusnya
22. Apply-kan pada semua amalan, insyaAllah ianya akan membuang sifat riak dan memandang rendah kita kepada orang lain
23. ...sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu... [49:13]
maafkan.je.la.akhi.
Subscribe to:
Posts (Atom)















.jpg)

.jpg)



