Thursday, March 18, 2010

SedangCubaUntukIkhlas

Kehadapan Saudaraku
Benar,
“Janganlah kamu marah,”
Marah Rasulullah saw tidak pernah disandarkan atas urusan duniawi mahupun manusiawi, yang pastinya berlandaskan nafsu.
SiapakahGeranganPhotographernya?

Dan ya,
Benar,
Marahnya Rasulullah saw tidak pernah ditahan apabila urusan-urusan agama dipermain.
Begitu juga keadaannya tatkala tercemarnya maruah diri, terhinanya induk-induk manusia iaitu ibu bapa tercinta, mahupun di saat saudara sesama ikhwah akhawat dicabuli haknya.
TerimaKasihUntukKenanganIni

Tetapi,
Saudaraku,
Kadangkala sukar untuk diri ini, menahan maraknya api kipasan syaitan.
Sukar untuk diri ini terus menahan diri, terus bersabar dengan isu-isu manusiawi.
Juga sukar untuk diri ini mempraktikkan dan mengaplikasi, pesanan Junjungan Besar saw kepada Anas bin Malik.
“Wahai anakku, jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku, itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku. Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku, jika kamu pulang bertemu keluargamu, berikanlah salam kepada mereka. Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu dan juga keluargamu.”
 KiniMenuntutDiOkinawa(Sejuk!)

Jangan,
Saudaraku,
Jangan mengerti bahawa tulisanku ini adalah untuk membela diriku.
Jangan mengerti bahawa aku sedang memberi sebab dan alasan untuk membenarkan tindakkanku.
Jangan tersilap dalam menilai bahawa aku sedang membolehkan untuk kita tidak terus bersabar dalam menahan gelora hati yang sedang dibakar dan terus dibakar pada kala masa-masanya.

Ketahuilah saudaraku,
Ada kalanya, aku marah kepadamu.
Maafkanlah aku, saudaraku.

maafkan je la akhi
...assalamualaikum...

CampuranJeritan


ShoutMix chat widget

Quran/Kata

SiapaTakTutupPaipAirNihWei...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MyPosts

Quran/Kata

Quran/Kata